Jika ada bahan yang ingin anda kongsikan bersama kami. sila uploadkan bahan anda. skrol ke bawah dan gunakan ruangan "UPLOAD BAHAN" Terima Kasih

Berita Semasa

Selamat Berpuasa Dan Selamat Menyambut Aidilfitri Diucapkan Kepada Semua Warga SKKB.










PROGRAM WARIS PINTAR
SELASA, 24 Julai - SK Kuala Besut dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan [AADK] dan Pejabat Kesihatan telah berjaya menganjurkan Program Waris Pintar yang mana matlamatnya adalah untuk memberi pendedahan kepada semua Ibu bapa dan penjaga tentang pentingnya menjaga anak-anak agar terhindar dari bahaya najis Dadah.
Program ini telah berjaya menarik seramai lebih 200 ibu bapa / penjaga yang telah bermula dari jam 8.30 hingga 11.30 pagi. Pelbagai info dan pameran berkaitan dadah dipamerkan pada program kali ini. Dua sesi ceramah telah disampaikan oleh dua wakil masing-masing dari AADK dan Pejabat Kesihatan.


SISTEM KEDATANGAN BERKOMPUTER [ePUNCH]
Bermula 07 Julai Yang lalu, SK Kuala Besut Melangkah setapak lagi dalam bidang ICT apabila memulakan penggunaan ePunch iaitu Sistem Merekod Kehadiran Gurudan Kakitangan Secara berkomputer. Sistem yang dibangunkan sendiri oleh En. Ahmad Tarmizi Alias, guru dan juga penyelaras ICT sekolah ini menjadikan SK Kuala Besut adalah sekolah pertama di Zon Besut Barat menggunakan Sistem Kedatangan Berkomputer. Antara kelebihan menggunakan sistem ini adalah ianya lebih mudah dan efisyen serta laporan kehadiran dan laporan lain yang berkaitan dapat dihasilkan dengan lebih sistematik..
ePunch telah dirangkaikan ke semua komputer dan ini membolehkan guru 'punch in' dan 'punch out' di semua tempat.



SK KUALA BESUT menyambut baik penggunaan Sistem ePengurusan yang dijanakan oleh PPD BESUT. Suatu revolusi besar yang berlaku ini menandakan bermulanya era ICT sepenuhnya dalam pendidikan.
Penggunaan e-Mel sebagai medium komunikasi utama antara sekolah dengan PPD, PPD dengan sekolah dan sekolah dengan sekolah ini sememangnya satu langkah bijak. Ditambah dengan sistem SMSSEKOLAH akan menjadikan sistem perhubungan dengan penjaga juga lebih mudah dan fleksibel.
SK Kuala Besut mula merancang dan melaksanakan sistem ini secara berperingkat di peringkat sekolah. Blog rasmi SK Kuala Besut ini menjadi nadi utama penyebaran maklumat diikuti mewujudkan emel kepada semua warga sekolah.

***************************************************************************************
Preventive Maintenance @ Penyelenggaraan Pencegahan Alatan ICT
Oleh Syarikat XYBase Sdn. Bhd.

PERHATIAN ! Kepada Semua Guru yang memegang Laptop Dell dan Acer,
Sila Hantar Laptop Anda Ke Makmal Komputer Pada
Hari : ISNIN
JAM : 12 Tengahari


** Pemeriksaan alatan ICT akan dijalankan oleh Syarikat yang telah dipertanggungjawabkan oleh KPM iaitu
XYBase Sdn. Bhd

*************************************************************************************

Baca Selanjutnya..

Senarai Guru Besar

Baca Selanjutnya..
 

UPLOAD BAHAN