Jika ada bahan yang ingin anda kongsikan bersama kami. sila uploadkan bahan anda. skrol ke bawah dan gunakan ruangan "UPLOAD BAHAN" Terima Kasih

Dari Meja Guru Besar


Assalamualaikum ....
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, Blog yang merupakan laman Blog rasmi SKKB, dapat disempurnakan dengan jayanya. Melalui kesempatan ini juga saya ingin merakam ucapan syabas dan tahniah kepada Unit ICT yang telah mengambil inisiatif membangunkan Blog rasmi SKKB ini, terutamnya Cikgu Ahmad Tarmizi Bin Alias dan EIO Sekolah Mohd Azmil Bin Che Omar.
Blog ini akan menjadi nadi utama kepada penyebaran maklumat / peristiwa yang berlaku di sekolah ini khususnya.
Blog ini,sesuai dengan namanya seharus menjadi gerbang maklumat kepada semua pengunjung untuk mengetahui secara lebih mendalam lagi mengenai SK KUALA BESUT serta perkembangannya. Malah ia merupakan salah satu langkah utama yang diambil oleh pihak sekolah untuk menyediakan SKKB seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat (ICT).
Pembinaan laman web @ Blog ini adalah sejajar dengan cita-cita dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu melahirkan golongan celik komputer serta bersaing di persada dunia. Ini sekali gus menepati kehendak Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju.
Sekali lagi saya mengucapkan ribuan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sekian, wassalam.

Pn Hjh Norhayati Bt Chik

Guru Besar
 SK Kuala Besut
22300 Kuala Besut, Besut
Terengganu.

Baca Selanjutnya..

SEJARAH,LATARBELAKANG,LOGO SK KUALA BESUT




Sekolah Kebangsaan Kuala Besut mula didirikan pada tahun 1926. Guru Besar pertama yang bertugas di sekolah ini ini ialah Encik Mohd Jaya Bin Panglima Kahar. Beliau berasal dari Negeri Perak Darul Redzuan. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Umum Kuala Besut. Ianya terletak di atas sebuah tapak yang kini merupakan tapak Balai Polis Kuala Besut.
Ketika awal pembukaannya, sekolah ini hanya mempunyai tiga buah bangunan atap yang berlantaikan tanah. Kemudian ditambah dengan empat buah lagi bangunan kayu sebagai menampung keperluan yang semakin bertambah. Selepas beberapa tahun, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Melayu Kuala Besut.
Pada tahun 1966, sekolah ini telah dipindahkan dari tapak lama ke tapak baru (lokasi Sekolah Kebangsaan Kuala Besut sekarang). Mulai tarikh tersebut Sekolah Kebangsaan Kuala Besut telah berkembang dengan baik. Banyak kejayaan yang dicapai dalam pelbagai bidang. Jumlah murid yang belajar di SK Kuala Besut pada ketika itu adalah 200 orang. Ekoran daripada perkembangan ekonomi yang seiring dengan pertumbuhan penduduk, maka muncullah masalah kekurangan tempat untuk murid-murid belajar. Masalah ini semakin meruncing. Sekolah Kebangsaan Kuala Besut memerlukan bangunan tambahan bagi melengkapkan prasarana agar murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa dan berkesan.
Sebagai memenuhi keperluan asas dalam pendidikan, bangunan baru telah dibina. Bangunan yang dilengkapi dengan kemudahan pembelajaran yang asas seperti kelas-kelas yang lebih selesa, bilik pusat sumber, bilik muzik dan juga kelengkapan lain yang lebih selesa.
Sekitar tahun 1989, jumlah murid yang belajar di sekolah ini mencecah angka 1700 orang. Masalah pertambahan murid yang begitu ketara ini telah memaksa pembinaan sebuah sekolah baru yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II. Pada tahun 2000, sebuah lagi sekolah telah dibina di Kuala Besut bagi menangani masalah yang sama, sekolah tersebut di kenali sebagai Sekolah Kebangsaan Nail.
Alhamdulilah, kini Sekolah Kebangsaan Kuala Besut terus berkembang maju selaras dengan cetusan falsafah pendidikan negara sebagai satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Semoga Sekolah Kebangsaan Kuala Besut akan terus gemilang dan cemerlang di masa akan datang.

PENGASAS
Sekolah Kebangsaan Kuala Besut sebenarnya telah diasaskan oleh seorang yang bernama Mat Jaya (Mohd Jaya B. Panglima Kahar) pada tahun 1926. Mat Jaya asalnya seorang bekas Pegawai Kastam yang berasal dari Perak yang menetap di pekan Kuala Besut, Terengganu.
Oleh kerana kuatnya azam beliau untuk melihat anak Kuala Besut dapat mengikuti ilmu pendidikan, maka beliau bersama-sama penduduk sekitar pekan ini berusaha mendirikan sekolah di sebuah tapak yang kini merupakan letaknya Balai Polis Kuala Besut. Bagi memperingati usahanya itu, maka beliau telah dilantik sebagai Guru Besar SK Kuala Besut yang pertama.
Tidak banyak sumber yang dapat dikutip berkaitan latar belakang Mat Jaya kecuali beliau dikatakan seorang yang peramah tetapi tegas dan mempunyai citi-cita yang tinggi ke arah memperkembangkan ilmu pendidikan. Beliau juga pernah mengikuti pendidikan Inggeris.
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

LATARBELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kuala Besut terletak di Jalan utama Kuala Besut / Semerak. Pekan terdekat ialah Pekan Kuala Besut iaitu sejauh 1KM. Lebih kurang 16 KM dari Pekan Jerteh dan 110 Km dari bandar Kuala Terengganu. Sekolah Kebangsaan Kuala Besut dikelilingi oleh beberapa buah kampung. Antaranya ialah, Kampung Alor Pisang, Kampung Jerat Cina, Kampung Gertak Seratus, dan Kampung Pengkalan Atap.

Boleh dikatakan 80 peratus daripada penduduk sekitar Kuala Besut adalah bekerja sebagai nelayan. Kehidupan masyarakat yang berlatar belakangkan pantai ini sememang
nya agak berbeza jika dibandingkan dengan corak kehidupan dan budaya hidup masyarakat di tempat lain. Sekolah Kebangsaan Kuala Besut yang mula ditubuhkan sekitar tahun 1926 menjadi nadi utama ke arah pembentukan masyarakat berilmu ketika itu. Fungsi SKKB sebagai pusat Perkembangan ilmu telah menjadikan SKKB sebagai antara sekolah yang mashur pada waktu dulu.
*************************************************************************************

Baca Selanjutnya..

Latarbelakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kuala Besut terletak di Jalan utama Kuala Besut / Semerak. Pekan terdekat ialah Pekan Kuala Besut iaitu sejauh 1KM. Lebih kurang 16 KM dari Pekan Jerteh dan 110 Km dari bandar Kuala Terengganu. Sekolah Kebangsaan Kuala Besut dikelilingi oleh beberapa buah kampung. Antaranya ialah, Kampung Alor Pisang, Kampung Jerat Cina, Kampung Gertak Seratus, dan Kampung Pengkalan Atap.

Boleh dikatakan 80 peratus daripada penduduk sekitar Kuala Besut adalah bekerja sebagai nelayan. Kehidupan masyarakat yang berlatar belakangkan pantai ini sememang
nya agak berbeza jika dibandingkan dengan corak kehidupan dan budaya hidup masyarakat di tempat lain. Sekolah Kebangsaan Kuala Besut yang mula ditubuhkan sekitar tahun 1926 menjadi nadi utama ke arah pembentukan masyarakat berilmu ketika itu. Fungsi SKKB sebagai pusat Perkembangan ilmu telah menjadikan SKKB sebagai antara sekolah yang mashur pada waktu dulu.

Baca Selanjutnya..
 

UPLOAD BAHAN