Jika ada bahan yang ingin anda kongsikan bersama kami. sila uploadkan bahan anda. skrol ke bawah dan gunakan ruangan "UPLOAD BAHAN" Terima Kasih

KURSUS ICTL PERINGKAT DEARAH BESUT

18 APRIL 2009: Kursus ICTL telah diadakan bermula 18 hingga 19 April 2009 lalu. Kursus ini sebenarnya dijalankan di dua lokasi berasingan pada tarikh dan masa yang sama iaitu satu di SK Kuala Besut dan satu lagi di SK Tengku Mahmud II.


Kursus ICTL peringkat Daerah Besut ini adalah di bawah kelolaan PPD Besut bersama Unit ICT JPN Terengganu. Seramai 33 orang guru / peserta telah mengikuti kursus kali ini. SK Kuala Besut amat berbesar hati kerana telah dipilih sebagai tuan rumah untuk kursus kali ini. Berikut dipaparkan beberapa foto yang sempat dirakamkan semasa kursus berkenaan.




Baca Selanjutnya..

SEKALUNG TAHNIAH DAN TERIMA KASIH



16 APRIL 2009: Hari ini, 6 orang guru pelatih dari IPSM (Institut Perguruan Sultan Mizan), Besut, Trg. telah berjaya menamatkan tempoh praktikum mereka selama sebulan di sini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana telah banyak membantu sekolah dalam pelbagai perkara dan menunjukkan sikap yang baik sepanjang berada di sini. Mereka yang dimaksudkan ialah En.Mohd Fahmi B. Baharin, En. Jailani B. Mohd Yusoff, En. Mohamad Azriq B. Mohamad Yunos, En. Shahril B. Mohamad, En. Ahmad Sazli B. Zainal dan En. Mohd Hisyam B. Ishak.. Semoga kalian mendapat sesuatu sepanjang berada di sini.

*Blogmaster : geng2 demo meme buleh jadi cikgu yang terbaik.




Baca Selanjutnya..

KEJOHANAN HOKI MSSM KUALA BESUT 2009

14 APRIL 2009 - Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun Bagi Zon Kuala Besut telah bernula pada 12 April dan berakhir pada 16 April 2009. Kejohanan yang diadakan setiap tahun ini melibatkan penyertaan dari sekolah-sekolah sekitar Zon Kuala Besut. Seperti tahun-tahun lalu, SK Alor Peroi masih lag imenjadi tuan rumah kepada kejohanan kali ini.SK Kuala Besut turut tidak ketinggalan menghantar pasukan di bawah jurulatih Sir Ahmad Zapwan dan dibantu oleh En. Mohd Hisyam b. Ishak dan En. Ahmad Sazli b. Zainal (guru pelatih IPSM). Jutaan terima kasih buat semua jurulatih.

klik pada foto untuk imej lebih besar

Baca Selanjutnya..

LAWATAN PENANDA ARAS 3K, SK RUSILA, MARANG, TERENGGANU.

14 APRIL 2009 : Seramai lebih kurang 20 orang guru dari SK Rusila, Marang, Terengganu telah datang melawat ke SK Kuala Besut.

Ternyata, mereka kagum dan teruja melihat keindahan serta keceriaan yang terdapat di sini. Tetamu kami yang daripada Guru penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan beberapa orang guru,telah diberi taklimat oleh Tuan Guru Besar, En. Che Husin Bin Ismail. Kami warga SK Kuala Besut sentiasa berbesar hati menerima tetamu yang hadir. Semoga kalian memperoleh sesuatu yang baik di sini.

Baca Selanjutnya..

BERITA: LAWATAN PENANDA ARAS 3K, PESERTA PKPGB UTM SKUDAI JOHOR.





12 APRIL 2009
: Meriah dan penuh bermakna. Itulah ungkapan yang boleh diungkapkan bagi menggambarkan kemeriahan majlis sambutan tetamu kami kali ini iaitu PESERTA PKPGB UTM SKUDAI JOHOR.Kedatangan tetamu yang turut disertai oleh Guru Besar, En. Che Husin B. Ismail, disambut dengan paluan kompang dan selawat oleh PASUKAN KOMPANG sekolah seterusnya disambung pula oleh pasukan DIKIR BARAT sekolah dengan lagu "Selamat Date" (Selamat Datang). Pelawat ternyata terpegun dengan sambutan yang pada pandangan 'blogmaster' hebat dan meriah.


Baca Selanjutnya..

KABINET 2009








Baca Selanjutnya..

IKLAN: CD 3K

SK KUALA BESUT, TELAH DINOBATKAN SEBAGAI
JOHAN 3K PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2008

UNIT ICT SK KUALA BESUT

TELAH MENERBITKAN CD 3K YANG MENGANDUNGI
1. DOKUMENTASI
2. SLAID dan
3. MOVIE



Untuk Tempahan, anda boleh emailkan maklumat anda @ sekolah anda ke
skkb.ppdbesut@gmail.com
atau
Telefon : 09-6919382 (Pejabat Sekolah)
atau
Tempahan Online Melalui
Ruangan SEMBANG-SEMBANG
>> sertakan alamat @ no tel untuk dihubungi<<

Baca Selanjutnya..

Berita: JUARA Kejohanan Bola Baling Zon Kuala Besut 2009

klik untuk imej lebih besar
8 April 2009 : Terbukti, SK Kuala Besut adalah jaguh dalam permainan Bola Baling. Dengan kemenangan bergaya 3 - 1 ke atas pasukan SK Kuala Besut II pada peringkat akhir semalam. Satu pujian harus diberikan kepada pasukan SK Kuala Besut kerana telah menunjukkan corak permainan yang menarik perhatian semua penyokong dan penonton yang hadir. Walaupun bermain dalam cuaca hujan dan bergelumang dengan selut tetapi semua pemain menunjukkan semangat kesukanan dan berpasukan yang tinggi. Jutaan terima kasih dan tahniah juga ditujukan kepada jurulatih pasukan iaitu En. Mohd Hisyam b. Ishak dan En. Ahmad Sazli b. Zainal (guru pelatih IPSM). Begitu juga kepada semua guru yang hadir memberi sokongan padu kepada pasukan sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk kejayaan-kejayaan yang akan datang...
Info
Pasukan Lelaki - mengalahkan pasukan SK Kuala Besut II : 3 - 1
Pasukan Perempuan - Tempat ke -2: dikalahkan oleh Pasukan SK Alor Peroi.


Baca Selanjutnya..

Berita : Lawatan PPD Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang.

06 April 2009 Hari ini, SK Kuala Besut telah dilawati oleh seramai 40 orang pelawat dari PPD Seberang Prai Selatan. Rombongan ini terdiri daripada pegawai-pegawai di PPD berkenaan serta beberapa orang guru besar dari daerah berkenaan. SK Kuala Besut mengalu-alukan kedatangan rombongan kali ini. Semoga dengan kehadiran tuan / puan semua akan menjadikan sekolah kami lebih ceria dan berjaya.

Baca Selanjutnya..

Berita : Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun Zon Kuala Besut

05 April 2009 - Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun bagi Zon Kuala Besut bermula hari ini dan dijangka berakhir pada 7 April 2009. Kejohanan yang disertai oleh semua sekolah Zon Kuala Besut (9 buah) bermula dengan agak suram apabila hujan turun dengan lebat disertai kilat sabung-menyabung. Pihak pengurusan (tuan rumah) iaitu SK Kampung Nangka terpaksa memberhentikan perlawanan kerana pelbagai risiko yang mungkin membahayakan semua pemain dan pegawai-pegawai kejohanan.
Pasukan Perempuan SK Kuala Besut yang turut terlibah dalam perlawanan pertam juga terpaksa bermain separuh jalan sebelum menyambungnya kembali selepas hujan mulai reda. Perlawanan disambung semula hingga jam 6.30 petang dengan pelbagai aksi yang menggerunkan oleh setiap pemain. Bermandikan lumpur dan basah kuyup tidak menjadi penghalang kepada pemain dan pengadil kejohanan. Suatu semangat yang harus dicontohi. Berikut beberapa aksi yang sempat dirakamkan sewaktu perlawanan antara SK Kuala Besut dengan SK Bukit Puteri dengan kemenangan memihak kepada pasukan SK Kuala Besut 2 - 0.



.... klik pada foto untuk imej lebih besar ....

Baca Selanjutnya..

MUAT TURUN

Baca Selanjutnya..
 

UPLOAD BAHAN