Jika ada bahan yang ingin anda kongsikan bersama kami. sila uploadkan bahan anda. skrol ke bawah dan gunakan ruangan "UPLOAD BAHAN" Terima Kasih

Dan bagi tiap-tiap umat , kami syari'atkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNYA kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih itu ,Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha ESA maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNYA dan sampaikanlah berita gembira (wahai muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat
(Surah Al-Hajj , Ayat 34)


Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura2 buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat.


SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA.

Baca Selanjutnya..

Bengkel Frog VLE




Bengkel Frog VLE diadakan untuk pengenalan kepada semua guru SK Kuala Besut tentang Kelebihan dan Kepentingan dalam penggunaan Frog VLE untuk pengajaran dan pembelajaran. Bengkel ini diketuai oleh Guru Inisiatif ICT SK Kuala Besut, Cikgu Ahmad Tarmizi Alias.
 # Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia.



Baca Selanjutnya..

EKSKLUSIF KAD PERUBATAN





Pada baru-baru ini, wakil dari Cuepacs hadir ke SK Kuala Besut untuk memberi penerangan tentang kelebihan memiliki Kad Perubatan Cuepacs Care.Sesi penerangan bersama guru berlangsung selama 30 minit yang bertempat dibilik Mesyuarat.
# eksklusif untuk kakitangan kerajaan,badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan

Baca Selanjutnya..

TAWATAN TENDER KANTIN SK KUALA BESUT


Tawaran adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat untuk mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh mulai dari 01 Disember 2013 hingga 30 November 2015 (maksima 24 bulan).Tawaran akan berakhir pada 31 Oktober 2013 jam 12.00 t/hari. Borang serta dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di Pejabat Sekolah ini mulai 01 Oktober 2013 hingga 14 Oktober 2013 (waktu pejabat) dengan harga RM10.00.

Baca Selanjutnya..
 

UPLOAD BAHAN