Jika ada bahan yang ingin anda kongsikan bersama kami. sila uploadkan bahan anda. skrol ke bawah dan gunakan ruangan "UPLOAD BAHAN" Terima Kasih

Peperiksaan Pertengahan Tahun (OTI2) 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun (OTI2) 2009 akan bermula pada 24 Mei 2009 hingga 27 Mei 2009.
Download Jadual Peperiksaan
Download Skema Jawapan




Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Baca Selanjutnya..

Berita: Lawatan Penanda Aras SK Kg. Keda, Kupang, Baling Kedah


11 MEI 2009
: Hari ini warga SK Kuala Besut menerima pelawat dari utara tanah air, iaitu warga sekolah SK Kg. Keda, Kupang, Baling Kedah. Kami sangat berbesar hati menerima tetamu yang sanggup datang dari jauh untuk berkunjung dan mungkin menimba sedikit ilmu di sini.


Rombongan seramai 38 orang yang diketuai oleh Tuan Guru Besar SK Kg. Keda ini telah tiba di SK Kuala Besut, kira-kira jam 10.30 pagi. Sepertimana biasa, tetamu disambut oleh warga SK Kuala Besut dan terus ke Bilik Mesyuarat Utama untuk sesi taklimat berkenaan sekolah ini.
Warga SK Kg. Keda ternyata begitu teruja melihat keindahan dan segala yang ada di sini. Ini dapat dijelaskan lagi melalui ucapan Tuan Guru Besar SK Kg. Keda yang ternyata bersemangat dan bersungguh untuk mendapatkan sesuatu melalui Lawatan Penanda Aras ini.
Untuk makluman semua pembaca @ pengunjung blog ini, SK Kg. Keda telah juga dicalonkan untuk mewakili negeri Kedah dalam Pertandingan 3K peringkat Kebangsaan untuk tahun 2009. Harapan dan doa kami warga SK Kuala Besut, semoga SK Kg. Keda berjaya menempa nama di peringkat Kebangsaan..Insya Allah

Baca Selanjutnya..
 

UPLOAD BAHAN