Jika ada bahan yang ingin anda kongsikan bersama kami. sila uploadkan bahan anda. skrol ke bawah dan gunakan ruangan "UPLOAD BAHAN" Terima Kasih

Berita : Penubuhan Majlis Pemuafakatan Sekolah

31 Mac 2009 : Melalui mesyuarat JKS (Jawatankuasa Kurikulum Sekolah), pihak sekolah telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Pemuafakatan Sekolah yang dianggotai oleh pihak sekolah, PPD, PIBG dan Pengerusi JKKK.
Type rest of the post here
Penubuhan Jawatankuasa ini adalah rentetan daripada aspirasi PPD Besut yang ingin menjadikan daerah Besut sebagai sebuah daerah yang unggul dan cemerlang dalam semua peperiksaan awam.


Baca Selanjutnya..

Berita : Lawatan SK Padang Mengkuang, Marang, Trg.

29 Mac 2009 - Seramai lebih kurang 35 orang guru (dan pekerja) SK Padang Mengkuang,Marang, Terengganu telah mengadakan lawatan muhibbah dan penanda aras 3K ke SK Kuala Besut. Rombongan tersebut tiba di SK Kuala Besut lebih kurang jam 3.00 petang. SK Padang Mengkuang telah dicalonkan untuk mewakili negeri Terengganu dalam pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Melalui ucapan GPK HEM SK Padang Mengkuang, beliau mengharapkan agar dapat menimba dan berkongsi ilmu dengan SK Kuala Besut yang telah menjadi Johan Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan tahun lalu (2008)..




Baca Selanjutnya..

Berita : Lawatan ke Pangkalan TUDM Gong Kedak


25 Mac 2009 - SK Kuala Besut dengan kerjasama pihak pentadbiran Pangkalan TUDM Gong Kedak telah berjaya mengadakan lawatan singkat ke pangkalan berkenaan bermula jam 9.00 hingga 12.30 tengahari. Lawatan ini telah disertai oleh murid tahun 6Arif seramai 32 orang dan diiringi oleh 8 orang guru. Antara lokasi lawatan kali ini adalah, ke Skuadron 11 TUDM (Pesawat Sukoi). Penerangan berkenaan pesawat terbaru negara itu telah ditaklimatkan oleh Kapten S.Romainor iaitu salah seorang pilot jet pejuang berkenaan. Peluang keemasan yang diberikan ini, digunakan sepenuhnya oleh murid dan guru untuk mengumpul maklumat. Rombongan SK Kuala Besut sangat bertuah kerana dapat melihat sendiri pesawat berkenaan terbang dan mendarat di lapangan terbang pangkalan berkenaan. Diharapkan lawatan seumpama ini dapat diteruskan lagi suatu masa nanti.

Baca Selanjutnya..

Berita: Sambutan Maulidul Rasul

Sambutan Maulidul Rasul bersama antara SK Kuala Besut dengan SK Kuala Besut II telah berlangsung pada 26 Mac 2009 dengan meriahnya. Perarakan bersama untuk kali kedua ini bermula di Padang SK Kuala Besut II melalui Pekan Kuala Besut dan seterusnya ke Dataran Syahbandar, Kuala Besut. Jarak perjalanan adalah sejauh 3km.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga kemeriahan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Selawat..klik untuk imej lebih besar..

Baca Selanjutnya..

Sambutan Maulidul Rasul


Baca Selanjutnya..

Berita: KEMPEN BAHASA ZON KUALA BESUT 2009


klik pada foto untuk imej yang lebih besar

Tarikh
23 Mac 2009
Tempat
SK Kuala Besut
Pidato
Dewan Terbuka
Bercerita
Dewan Utama
Penyertaan
* Semua sekolah zon Kuala Besut

1. SK Kuala Besut
2. SK Kuala Besut 2
3. SK Kg. Nail
4. SK Alor Peroi
5. SK Pulau Perhentian
6. SK Kg. Nangka
7. SK Kg. Baharu
8. SK Bukit Puteri
9. SK Ayer Terjun
admin : Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kempen Bahasa untuk kali ini.

Baca Selanjutnya..

Makluman: SKIMA JAWAPAN OTI 1



Sila klik pada link di bawah untuk download

Skima Jawapan Bagi OTI 1 2009

Baca Selanjutnya..

"Bola itu BULAT"


Walaupun pasukan SKKB kecundang dengan 1-4 di tangan pasukan SK Nail, namun rentak permainan dan semangat yang ditunjukkan oleh semua pemain SK Kuala Besut harus diberi pujian. Penulis secara peribadi berpuas hati dengan rentak permainan yang ditunjukkan.

Begitu juga semangat penyokong SKKB (guru-guru) juga harus diberi pujian.

"Bola itu bulat"

Apapun tahniah dan syabas buat jurulatih pasukan SKKB

En. Zailani dan En. Rosairie.

Baca Selanjutnya..

Berita: Majlis Pertukaran Warga SK Kuala Besut





1. En. Abdullah B. Abd. Razak - Bertukar ke SK Kg. Buluh, Permaisuri, Setiu, Terengganu sebagai Guru Penolong Kanan HEM (Tahniah dan Syabas diucapkan)

2. Pn. Noraizan Bt Mohamad - Bertukar ke SK Alor Peroi, Kuala Besut, Terengganu.

Baca Selanjutnya..

Kegembiraan Dikongsi Bersama






...klik pada foto untuk imej yang lebih besar...

Baca Selanjutnya..

Majlis Kesyukuran 3K dan Mesyuarat PIBG


Keratan Akhbar Sinar Harian



Baca Selanjutnya..
 

UPLOAD BAHAN