Jika ada bahan yang ingin anda kongsikan bersama kami. sila uploadkan bahan anda. skrol ke bawah dan gunakan ruangan "UPLOAD BAHAN" Terima Kasih

Dari Meja Guru Besar


Assalamualaikum ....
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, Blog yang merupakan laman Blog rasmi SKKB, dapat disempurnakan dengan jayanya. Melalui kesempatan ini juga saya ingin merakam ucapan syabas dan tahniah kepada Unit ICT yang telah mengambil inisiatif membangunkan Blog rasmi SKKB ini, terutamnya Cikgu Ahmad Tarmizi Bin Alias dan EIO Sekolah Mohd Azmil Bin Che Omar.
Blog ini akan menjadi nadi utama kepada penyebaran maklumat / peristiwa yang berlaku di sekolah ini khususnya.
Blog ini,sesuai dengan namanya seharus menjadi gerbang maklumat kepada semua pengunjung untuk mengetahui secara lebih mendalam lagi mengenai SK KUALA BESUT serta perkembangannya. Malah ia merupakan salah satu langkah utama yang diambil oleh pihak sekolah untuk menyediakan SKKB seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat (ICT).
Pembinaan laman web @ Blog ini adalah sejajar dengan cita-cita dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu melahirkan golongan celik komputer serta bersaing di persada dunia. Ini sekali gus menepati kehendak Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju.
Sekali lagi saya mengucapkan ribuan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sekian, wassalam.

Pn Hjh Norhayati Bt Chik

Guru Besar
 SK Kuala Besut
22300 Kuala Besut, Besut
Terengganu.

0 Komen:

 

UPLOAD BAHAN