Jika ada bahan yang ingin anda kongsikan bersama kami. sila uploadkan bahan anda. skrol ke bawah dan gunakan ruangan "UPLOAD BAHAN" Terima Kasih

Berita : Lawatan ke Pangkalan TUDM Gong Kedak


25 Mac 2009 - SK Kuala Besut dengan kerjasama pihak pentadbiran Pangkalan TUDM Gong Kedak telah berjaya mengadakan lawatan singkat ke pangkalan berkenaan bermula jam 9.00 hingga 12.30 tengahari. Lawatan ini telah disertai oleh murid tahun 6Arif seramai 32 orang dan diiringi oleh 8 orang guru. Antara lokasi lawatan kali ini adalah, ke Skuadron 11 TUDM (Pesawat Sukoi). Penerangan berkenaan pesawat terbaru negara itu telah ditaklimatkan oleh Kapten S.Romainor iaitu salah seorang pilot jet pejuang berkenaan. Peluang keemasan yang diberikan ini, digunakan sepenuhnya oleh murid dan guru untuk mengumpul maklumat. Rombongan SK Kuala Besut sangat bertuah kerana dapat melihat sendiri pesawat berkenaan terbang dan mendarat di lapangan terbang pangkalan berkenaan. Diharapkan lawatan seumpama ini dapat diteruskan lagi suatu masa nanti.

0 Komen:

 

UPLOAD BAHAN