Jika ada bahan yang ingin anda kongsikan bersama kami. sila uploadkan bahan anda. skrol ke bawah dan gunakan ruangan "UPLOAD BAHAN" Terima Kasih

Berita : Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun Zon Kuala Besut

05 April 2009 - Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun bagi Zon Kuala Besut bermula hari ini dan dijangka berakhir pada 7 April 2009. Kejohanan yang disertai oleh semua sekolah Zon Kuala Besut (9 buah) bermula dengan agak suram apabila hujan turun dengan lebat disertai kilat sabung-menyabung. Pihak pengurusan (tuan rumah) iaitu SK Kampung Nangka terpaksa memberhentikan perlawanan kerana pelbagai risiko yang mungkin membahayakan semua pemain dan pegawai-pegawai kejohanan.
Pasukan Perempuan SK Kuala Besut yang turut terlibah dalam perlawanan pertam juga terpaksa bermain separuh jalan sebelum menyambungnya kembali selepas hujan mulai reda. Perlawanan disambung semula hingga jam 6.30 petang dengan pelbagai aksi yang menggerunkan oleh setiap pemain. Bermandikan lumpur dan basah kuyup tidak menjadi penghalang kepada pemain dan pengadil kejohanan. Suatu semangat yang harus dicontohi. Berikut beberapa aksi yang sempat dirakamkan sewaktu perlawanan antara SK Kuala Besut dengan SK Bukit Puteri dengan kemenangan memihak kepada pasukan SK Kuala Besut 2 - 0.



.... klik pada foto untuk imej lebih besar ....

0 Komen:

 

UPLOAD BAHAN