Jika ada bahan yang ingin anda kongsikan bersama kami. sila uploadkan bahan anda. skrol ke bawah dan gunakan ruangan "UPLOAD BAHAN" Terima Kasih

Berita: JUARA Kejohanan Bola Baling Zon Kuala Besut 2009

klik untuk imej lebih besar
8 April 2009 : Terbukti, SK Kuala Besut adalah jaguh dalam permainan Bola Baling. Dengan kemenangan bergaya 3 - 1 ke atas pasukan SK Kuala Besut II pada peringkat akhir semalam. Satu pujian harus diberikan kepada pasukan SK Kuala Besut kerana telah menunjukkan corak permainan yang menarik perhatian semua penyokong dan penonton yang hadir. Walaupun bermain dalam cuaca hujan dan bergelumang dengan selut tetapi semua pemain menunjukkan semangat kesukanan dan berpasukan yang tinggi. Jutaan terima kasih dan tahniah juga ditujukan kepada jurulatih pasukan iaitu En. Mohd Hisyam b. Ishak dan En. Ahmad Sazli b. Zainal (guru pelatih IPSM). Begitu juga kepada semua guru yang hadir memberi sokongan padu kepada pasukan sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk kejayaan-kejayaan yang akan datang...
Info
Pasukan Lelaki - mengalahkan pasukan SK Kuala Besut II : 3 - 1
Pasukan Perempuan - Tempat ke -2: dikalahkan oleh Pasukan SK Alor Peroi.


0 Komen:

 

UPLOAD BAHAN