20 April 2009
: Kursus ICTL telah diadakan bermula 18 hingga 19 April 2009 lalu. Kursus ini sebenarnya dijalankan di dua lokasi berasingan pada tarikh dan masa yang sama iaitu satu di SK Kuala Besut dan satu lagi di SK Tengku Mahmud II.
Kursus ICTL peringkat Daerah Besut ini adalah di bawah kelolaan PPD Besut bersama Unit ICT JPN Terengganu. Seramai 33 orang guru / peserta telah mengikuti kursus kali ini. SK Kuala Besut amat berbesar hati kerana telah dipilih sebagai tuan rumah untuk kursus kali ini. Berikut dipaparkan beberapa foto yang sempat dirakamkan semasa kursus berkenaan.
Baca Selanjutnya..
17 April 2009
*Blogmaster : geng2 demo meme buleh jadi cikgu yang terbaik.
Baca Selanjutnya..
15 April 2009
- Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun Bagi Zon Kuala Besut telah bernula pada 12 April dan berakhir pada 16 April 2009. Kejohanan yang diadakan setiap tahun ini melibatkan penyertaan dari sekolah-sekolah sekitar Zon Kuala Besut. Seperti tahun-tahun lalu, SK Alor Peroi masih lag imenjadi tuan rumah kepada kejohanan kali ini.SK Kuala Besut turut tidak ketinggalan menghantar pasukan di bawah jurulatih
dan dibantu oleh
dan (guru pelatih IPSM). Jutaan terima kasih buat semua jurulatih.

Baca Selanjutnya..
14 APRIL 2009 : Seramai lebih kurang 20 orang guru dari SK Rusila, Marang, Terengganu telah datang melawat ke SK Kuala Besut.
Ternyata, mereka kagum dan teruja melihat keindahan serta keceriaan yang terdapat di sini. Tetamu kami yang daripada Guru penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan beberapa orang guru,telah diberi taklimat oleh Tuan Guru Besar, En. Che Husin Bin Ismail. Kami warga SK Kuala Besut sentiasa berbesar hati menerima tetamu yang hadir. Semoga kalian memperoleh sesuatu yang baik di sini.
Baca Selanjutnya..
12 April 2009
Baca Selanjutnya..
09 April 2009
SK KUALA BESUT, TELAH DINOBATKAN SEBAGAI UNIT ICT SK KUALA BESUT
TELAH MENERBITKAN
CD 3K YANG MENGANDUNGI
1. DOKUMENTASI
2. SLAID dan
3. MOVIE

Untuk Tempahan, anda boleh emailkan maklumat anda @ sekolah anda ke
skkb.ppdbesut@gmail.com atau
Telefon :
09-6919382 (Pejabat Sekolah)
atau
Tempahan
Online Melalui
Ruangan
>> sertakan alamat @ no tel untuk dihubungi<<
Baca Selanjutnya..
08 April 2009
: Terbukti,
SK Kuala Besut adalah jaguh dalam permainan Bola Baling. Dengan kemenangan bergaya ke atas pasukan pada peringkat akhir semalam. Satu pujian harus diberikan kepada pasukan SK Kuala Besut kerana telah menunjukkan corak permainan yang menarik perhatian semua penyokong dan penonton yang hadir. Walaupun bermain dalam cuaca hujan dan bergelumang dengan tetapi semua pemain menunjukkan semangat kesukanan dan berpasukan yang tinggi. Jutaan terima kasih dan tahniah juga ditujukan kepada jurulatih pasukan iaitu dan (guru pelatih IPSM). Begitu juga kepada semua guru yang hadir memberi sokongan padu kepada pasukan sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk kejayaan-kejayaan yang akan datang...
Pasukan Lelaki - mengalahkan pasukan SK Kuala Besut II : 3 - 1
Pasukan Perempuan - Tempat ke -2: dikalahkan oleh Pasukan SK Alor Peroi.
Baca Selanjutnya..
06 April 2009
Hari ini, SK Kuala Besut telah dilawati oleh seramai 40 orang pelawat dari PPD Seberang Prai Selatan. Rombongan ini terdiri daripada pegawai-pegawai di PPD berkenaan serta beberapa orang guru besar dari daerah berkenaan. SK Kuala Besut mengalu-alukan kedatangan rombongan kali ini. Semoga dengan kehadiran tuan / puan semua akan menjadikan sekolah kami lebih ceria dan berjaya.
Baca Selanjutnya..
05 April 2009